Thursday, October 29, 2009

DOA PENERANG HATI SESUAI BAGI STUDENT UiTM YG SEDANG FINAL EXAM..SEMOGA SAMA2 MENDAPAT MANFAATNYA..




Ertinya:“Ya Tuhan, lapangkanlah dadaku, mudahkanlah segala urusanku, dan lepaskanlah kekakuan lidahku, agar mereka mengerti perkataanku.” (QS. Thâha: 27)

Penjelasan:Al-Quran mengisahkan, bahawa doa tersebut dibaca oleh Nabi Musa a.s. ketika mendapat perintah dari Allah s.w.t. agar menyampaikan risalah kepada Fir’aun. Dan akhirnya
Allah s.w.t mengabulkan permintaan Nabi Musa a.s.

Rujukan: http://firdausganu.blogspot.com/2007/12/doa-penerang-hati.html

post by imah zulkipli

Tuesday, October 27, 2009

Jeans..atau denim...

Idea untuk berkongsi info ni tiba2 datang sebab masa google nak carik pasal style, ternampak seorang model yang kurus memakai jeans dgn penuh bergaya..So, information update kali nie mengenai jeans ye kawan2..

Okay kali ni di bahagian fesyen, saya mahu bercerita mengenai seluar jeans..Semua pasti mempunyai seluar jeans walaupon sehelai bukan? Mustahil lah jika tak penah ada seluar jeans..Ianya seperti pelengkap gaya tak kira bagi lelaki mahupon wanita..

JEANS

SELUAR jeans atau denim bukan lagi milik si kaki panjang bertubuh lampai. Tidak kiralah sama ada anda berkaki pendek atau besar pada bahagian pinggul dan paha, ia bukan lagi alasan kurang berkeyakinan untuk tampil bergaya dengan seluar jeans.

Teknologi rekaan hari ini membolehkan sesiapa saja tanpa mengira bentuk badan untuk tampil bergaya dengan seluar jeans.

Secara umum ada sembilan bentuk tubuh iaitu gitar atau hour glass, epal, pin boling, pasu, pir, batu-bata, lollipops, Column dan segi tiga terbalik.


Keseluruhannya ada lima bentuk seluar jeans iaitu potongan but, lurus, runcing dan ketat, seluar berkaki kembang dan boy friends iaitu berpotongan maskulin.


Panduan menggayakan jeans:

-Jangan memandang rendah lima poket yang bergaya klasik.

-Jangan melipat bahagian bawah seluar jika ketinggian anda di bawah 5’5”. Ia membuatkan kaki anda lebih pendek.

-Potongan kapri juga membuatkan kaki anda lebih pendek.

-Pastikan bahagian bawah seluar menutupi sebahagian kasut anda.

-Kasut hitam yang panjang membantu kaki tampak lebih panjang.

-Kedudukan dan saiz poket memberikan kesan kepada gaya. Elakkan poket kecil dan jauh jarak antara satu sama lain kerana ia membuatkan pinggul anda kelihatan besar.

-Poket yang terletak agak ke bawah menampakkan pinggul anda lebih tinggi. Berhati-hati dengan butiran hiasan mahupun warna pudar pada kawasan ini.

-Apapun bentuk anda, wanita memerlukan jenis jeans iaitu untuk digunakan dengan kasut rata dan satu lagi untuk tumit tinggi.

-Mereka yang bertubuh rendah, gulung seluar dan gayakan dengan kasut tumit tinggi.

-Jika berpinggul leper, tambahkan hiasan pada bahagian belakang.

-Jeans bukan hanya untuk orang muda, tetapi juga kanak-kanak dan orang tua.

-Lebih gelap warnanya, lebih memberikan ilusi ramping. Pilih warna kelabu, hitam dan biru gelap.

-Kesan pudar boleh memberikan ilusi ramping, tetapi pastikan pada tempat betul.

-Baju putih lebih bergaya dengan jeans indigo.


Cara penjagaannya

1. Cuci seluar jeans dengan air pada suhu biasa atau suam suam. Jangan mengguna air yang terlalu sejuk dan terlalu panas, kerana ia akan menghalang kotoran dari tertanggal dan sukar untuk dibersihkan.

2. Cuci seluar jeans berasingan dengan pakaian lain. Untuk mengekalkan warna dan ciri pada seluar jeans, basuh pada bahagian luar dan dalam.

3. Jika seluar jeans terkena air laut masin, jangan tergesa-gesa mencuci seluar jeans dengan air biasa. Guna air mendidih sebaldi dan wapkan ke bahagian yang terkena air masin. Pasti kotoran yang melekat akan tanggal.

4. Gantung dan anginkan seluar jeans supaya tidak berkedut dan renyut di tempat yang teduh dan jangan sesekali dedahkan seluar jeans terus dibawah matahari terik.

5. Perlu diingatkan jangan sesekali mengeringkan seluar jeans dengan mesin pengering.

6. Jangan menggunakan sebarang jenis bahan kimia untuk mencuci seluar jeans, gunakan sabun biasa sahaja supaya warna tidak mudah luntur.

7. Seluar jeans boleh dibasuh dengan mesin basuh dengan menggunakan air pada suhu biasa.



CONTOH2 JEANS























UPDATED BY HAS...( mao beli jeans baru lah lepas nie..hehe)

Sunday, October 25, 2009

BAIK BURUK DIET SESUKA HAT


Tanya mana-mana wanita, semuanya pasti mengatakan tubuh yang langsing menambah daya tarikah pada diri mereka. Jesteru, mereka sanggup melakukan apa sahaja asalkan dapat kelihatan cantik dan langsing termasuklah mengamalkan diet. Ada yang mementingkan kesihatan diri selain daripada mahu dilihat langsing, tetapi membuat program diet sendiri mengikut kesukaan. Apa yang penting berat badan turun dan tubuh kekal langsing. Ikuti buruk baik diet sesuka hati begini.

  1. Diet epal dan detoks.

Makan hanya epal manis (selalunya epal merah) selama 7 hari berturut-turut. Setiap kali makan dua hingga tiga biji dan dalam sehari menjadi sampai lima hingga enam biji. Selain epal, hanya minum air dan mengambil suplemen untuk detoksifikasi. Tujuannya untuk menjadikan tubuh lebih segar dan pencernaan lebih lancar. Seminggu boleh turun sehingga 2 kilogram(kg).

Fakta: Buah-buahan hanya mengandungi vitamin dan karbohidrat. Tidak ada protein dan lemak seperti yang diperlukan oleh tubuh badan untuk menjalankan fungsinya setiap hari.

Komen Pakar : Menurut pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penurunan berat badan yang sihat adalah 1 hingga 1.5 kg/minggu dengan pengurangan makanan sebanyak 500 kalori/hari. Dalam setiap penurunan berat badan, sebaik-baiknya kurangkan jumlah lemak di dalam badan. Pengambilan buah-buahan untuk menurunkan berat badan bukan hanya menyebabkan jumlah lemak di dalam tubuh menurun, tetapi juga kandungan protein otot dan jumlah cairan di dalam tubuh berkurang. Kehilangan air yang terlalu banyak dapat membahayakan ginjal. Bila berat badan kembali naik, kemungkinan lemak semakin meningkat. Sebenarnya tubuh kita mampu mendetoksifikasikan bahan-bahan beracun dan yang tidak diperlukan tubuh secara semulajadi. Proses detoksifikasi berlaku di hati. Jadi, pengambilan suplemen untuk detoksifikasi bukanlah satu keperluan.

  1. Diet elak nasi.

Langsung tidak menyentuh nasi dan hanya sesekali makan roti atau mi, selebihnya makan sayur dan buah-buahan. Malah, makanan bergoreng, terus dielakkan. Minuman seperti kopi dan gula juga tiada di dalam menu seharian. Makan selepas jam 7 malam? Tidak sesekali!

Fakta: Makanan seperti nasi, roti dan mi semuanya mengandungi karbohidrat. Nasi yang berasal daripada beras merah sebenarnya lebih menyihatkan kerana ia bukan sahaja mengandungi karbohidrat tetapi juga kaya dengan protein dan serat.

Komen Pakar : Beras merah, kentang (dengan kulitnya), roti dari biji-bijian dan bijirin amat disarankan sebagai pengganti sumber karbohidrat. Karbohidrat yang mengandungi banyak serat dapat digunakan untuk mengendalikan kadar gula rendah, kadar lemak darah, dan juga berat badan. Jangan terus ‘bermusuh’ dengan nasi. Cara terbaik, kurangkan saja kuantitinya. Ikut pola pemakanan sihat mengikut piramid makanan Asia bermula seperti hasil beras, tepung dan bijiran, diikuti dengan sayur dan buah-buahan. Seterusnya protein haiwan dan tumbuhan seperti susu rendah lemak, daging tanpa lemak dan kekacang dan akhir sekali makanan yang paling sedikit diambil seperti lemak atau minyak dan gula.

  1. Makan tiga sudu.

Berat badan mudah naik bagi sesetengah orang, jadi diet seperti ini sering diamalkan. Sayur-sayuran menjadi sahabat baik. Lauk kegemaraan seperti ikan atau dada ayam tanpa kulit. Biasanya, makan secara perlahan-lahan agar mudah rasa kenyang. Juga banyak minum air putih.

Fakta: Makan dengan perlahan memberi peluang kepada otak untuk mengirimkan signal sudah kenyang. Cara begini membantu menggelakkan anda daripada makan berlebihan.

Komen Pakar: Pola pemakanan yang sihat, lengkap dengan air, karbohidrat, protein, lemak dan serat. Namun, masih kurang pengambilan protein tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan sehingga kekurangan keperluan vitamin dan mineral. Cuba variasikan sumber protein dengan menambah pengambilan makanan seperti kekacang. Nutrien makanan harus seimbang kerana tubuh amat memerlukannya. Apatah lagi protein tumbuhan yang kaya dengan isoplavon sebagai antioksidan, fitestrogen sebagai sumber estrogen dari tumbuhan yang digunakan untuk meningkatkan kadar estrogen dalam tubuh dan fitesterol. Perhatikan juga cara memasak. Kurangkan menggoreng makanan. Makan tiga sudu sudah cukup kerana pengambilan sayur-sayuran sudah cukup banyak. Tambahan, sayur dan buah juga mengandungi karbohidrat yang tinggi serat.

Kelolaan: Khairun Nisa Ishak, Sumber : Majalah Mingguan wanita, Bil: 1286, 11-17 Julai 2008.

Saturday, October 24, 2009

Info about gothic..

Gincu bibir berwarna gelap, solekan kelopak mata hitam, rambut dan pewarna kuku hitam sambil menyarung aksesori pelik....


Mungkin ramai yang tidak berani menggayakan fesyen ini..

Namun begitu, fesyen asal Lolita seperti gaun atau skirt kembang warna hitam iaitu simbol Lolita masih dikekalkan. Ia bertujuan menjaga keaslian fesyen berwarna gelap ini.


Seiring dengan peredaran zaman dan cita rasa golongan muda, penggemar fesyen Lolita akan menggayakan fesyen tersebut bersama rekaan dan koleksi pakaian terkini.

Kebiasaannya di Jepun, sekiranya anda terlihat seorang gadis berpakaian gaun ala kanak-kanak dan membawa anak patung beruang bersama, gadis tersebut juga merupakan golongan fesyen Lolita.
Menurut laman web wikipedia, fesyen Lolita terbahagi kepada beberapa fesyen iaitu Sweet Lolita, Classic Lolita, Punk Lolita, Wa Qi Lolita, Dandy Lolita dan Gothic Lolita. Antara fesyen Lolita yang dinyatakan, Gothic Lolita masih mendapat sambutan dan penggemar fesyen di seluruh dunia. Begitu juga dengan remaja di Malaysia.

Info:kalaw nak tengok budak2 melayu berimej gothic

sila klik sini

From Has..

Monday, October 19, 2009

Jalan-jalan...

Sape nak pegi jalan2..fyth after last paper nak g jalan..so sape nak ikut??owh jalan..fyth memang suke jalan..sampai kan segamat yang xde pape tu pon 3 kali seminggu jelajah..haha..k ye..the latest one..we all nak g PORT DICKSON after final exam..


Next..aku nak ajak semua g Genting..bersempena last semester sem depan..so jom pegi genting..xjauh pon..budget RM50 pon bley lepas..ups..betol ke??betol ke para??haha..
yok la..aku menanti jawapan u all..sape nak, no phone aku ade di bisness card di sebelah...


Sekian..

Remaja & Konflik


CABARAN REMAJA

Perubahan-perubahan fizikal, emosi dan social semasa remaja memberi kesan terhadap kesihatan mental.

Masalah-Masalah Yang Sering Dihadapi Remaja

  • Keliru dengan peranan dan tanggungjawab diri

  • Sering merasa diri disalahfahamkan dan dipersalahkan

  • Merasa diri dilayan secara tidak adil

  • Kesunyian

  • Sukar memahami emosi

  • Susah membuat keputusan

Hubungan Dengan IbuBapa

Remaja yang mempunyai hubungan baik dengan ibubapa mereka sering menjalin perhubungan yang mesra dengan orang lain. Mereka juga kurang mengalami masalah kesihatan mental.

Cara-Cara Menjalin Perhubungan Yang Lebih Rapat Dengan IbuBapa

  • Menghormati dan sedia meneriam tunjuk-ajar dan teguran mereka

  • Membincangkan masalah anda dengan mereka

  • Meluahkan perasaan dan pendapat anda secata terus terang

  • Tunjukkan kasih sayang anda melalui kata-kata ataupun perbuatan

  • Cuba memahami masalah dan beban ibubapa anda

  • Meraikan harijadi mereka

  • Ingatlah bahawa ibubapa menyayangi anda dan mahukan yang terbaik untuk anda

MENANGANI EMOSI

Keupayaan memahami emosi adalah penting di dalam kehidupan harian

Apabila Anda Merasa Marah

  • Tarik nafas sedalam-dalamnya. Beredar dari suasana tegang (jika perlu)

  • Berfikir sebelum bertindak

  • Tanya diri sendiri

    • Kenapa saya marah ?

    • Apalah punca masalah ?

    • Apakah yang telah saya lakukan ?

PENYELESAIAN KONFLIK

  • Kenalpasti punca konflik

  • Dengan dulu apa yang hendak disampaikan oleh orang lain

  • Nyatakan apa yang anda kehendaki dan mengapa anda marah

  • Janganlah menyalahkan orang lain

  • Tumpukan perhatian kepada tindakan yang menyebabkan konflik

  • Bertenang semasa menerangkan pendapat anda

  • Bincangkan bersama cara-cara penyelesaian masalah

  • Carilah penyelesaian yang menguntungkan kedua belah pihak

Remaja yang Positif

  • Bertimbang rasa

  • Yakin terhadap diri sendiri

  • Sedia menerima nasihat dan teguran

  • Sabar

  • Bertanggungjawab

  • Rajin dan suka menolong

  • Mahir berkomunikasi

dari Kementerian Kesihatan Malaysia, Amalakan Kesihatan Mental Yang Baik

Sunday, October 18, 2009

Pinky..

owh..pic ini di edit oleh has hanim..bertemakan fyth band yang muslimah..haha..gambar2 tersebut ade banyak..tapi itu sahaja yang menjadi pilihan kami..itu lah hasilnye..pelbagai gaya dan ragam yang ditunjukkan..haha..ape la korang...tapi comei2 sume...heee...

Friday, October 16, 2009

Owh kereta..


Kereta..dimanakah anda wahai kereta..kenapakah saat last kereta x bagi...uwaaa..ape aku ckp nie..
owh..cerita nye begini..dah book kete dari awal..n dah wat confirmation..n xtau la cm ne nie..tibe2 cancel saat2 last..dah plan nie..emm..mcm mane ye??

owh kereta..

Thursday, October 15, 2009

"SESI TAZKIRAH"

Sebagai hamba Allah di muka bumi ini, selain dari melakukan ibadah wajib kita digalakkan untuk sentiasa berzikir sebagai tanda kita sentiasa mengingati pencipta kita.

Zikir Harian:

ISNIN
-LAHAULAWALAQUWWATILLABILLAHILALIYULAZIM
Setiap kali bacaan, Allah akan memberi pahala sebesar bukit uhud dan Allah akan menghilangkan sifat2 mazmumah dalam diri kita
SELASA
-ALLAHHUMMASOLLIALAWARASULIKAWANBIYYIKALALAMIN
WAALAALIHIWASOBBIHIWASSALAM
Setiap kali bacaan, Allah akan ampunkan dosa kita selama setahun
RABU
-ASTAGFIRULLAHHALAZIM
Setiap satu kali bacaan, Allah akan hilangkan satu titik hitam dalam hati
KHAMIS
-SUBHANALLAHHILAZIMI SUBHANALLAHHIWABIHAMDIH
Setiap kali bacaan, Allah akan mengampunkan dosa kita sebanyak buih dilautan dan Allah akan menghidupkan satu pohon buat kita di syurga
JUMAAT
-YA ALLAH
Allah akan memberi ketenangan hati kepada orang yang membacanya
SABTU
-LAILAHAILLALLAH
Setiap kali menyebutnya, Allah akan hampir kepada kita dan Allah akan memberi segala
kebaikan kepada kita
AHAD
-YA HAYYUYA QAYYUM
Memperolehi harta yang banyak dan membawa berkat serta dicintai oleh setiap manusia

Kepentingan Zikir:
  • memberi ketenangan kepada manusia.
  • merapatkan hubungan antara manusia dengan pencipta.
  • menampal segala ketidaksempurnaan dalam melakukan ibadah wajib.
  • terhapus dosa2 kecil.
Diharapkan blogger semua mengamalkan zikir kerana ia mudah dan boleh dilakukan tanpa mengira waktu, masa dan tempat. Semoga segala manfaat dapat dikongsi bersama. Jika terdapat kesalahan atau kekurangan sila komen.

post by imah_zulkipli

Wednesday, October 14, 2009

muzik by fana komplot

Muzik ialah bunyi yang diterima oleh individu dan berbeza bergantung kepada sejarah, lokasi, budaya dan citarasa seseorang. Definisi sebenar muzik juga berbeza:
  • Bunyi yang dikira sedap oleh pendengarnya
  • Apa apa bunyi yang dihasilkan secara sengaja oleh seseorang atau kumpulan


Walaupun muzik adalah sejenis fenomena intuisi, untuk mencipta, memperbaiki dan mempersembahkannya adalah suatu seni. Mendengar muzik pula adalah sejenis hiburan manakala mempelajari dan memahaminya adalah sejenis bidang/disiplin.


muzik adalah sebuah fenomena yang sangat unik. dimana ianya boleh dimainkan degan beberapa gabungan alatan muzik.


nanti update lagi..by fana komplot

Tuesday, October 13, 2009

Tips kecantikan..Tempoh hayat alat mekap

Kali ini belog di update pasal tips kecantikkan pulak..
Blog ini dalam usaha untuk me-reveal seberapa banyak informasi kepada anda dari pelbagai aspek..

So kali ini adalah mengenai alat mekap..

Umum mengetahui alat mekap sinonim dengan wanita..
Sejak zaman dahulu lagi manusia menggunakan kosmetik untuk mencantikkan mata. Untuk mata kelihatan cantik, kening dan alis mata serta kawasan di sekitar mata di percantikkan dengan memakai kosmetik tertentu.

Pewarna, pencil warna cat mahupun ubat-ubatan telah digunakan sebagai bahan kosmetik pada zaman dahulu. Kaum Phoenicians (di Lebanon) pada suatu ketika dahulu mewarnakan kening dengan pelekat hitam yang dibuat daripada gam Arab, musk, ebony (sejenis kayu hitam yang keras) dan debu serangga hitam. Kaum wanita di China menggunakan pembayang mata yang dibuat daripada kulit kayu peruvian manakala wanita Itali telah menitiskan perahan pokok Belladonna ke dalam mata bertujuan untuk membesarkan anak mata.


Sekarang, pelbagai bahan kosmetik termasuklah bahan-bahan kimia ini boleh mendatangkan kemudaratan, kita harus berhati-hati menggunakan bahan-bahan ini kerana mata amat sensitif dan boleh tercedera semasa kita memasang alis mata palsu, menggunakan maskara atau kemasukan bahan-bahan kimia semasa mencantikkan kening dan alis mata.



Maskara

Tujuan maskara digunakan adalah untuk:
  1. Mengelakkan alis mata daripada tertanggal akibat kering dengan merapikannya.
  2. Menyebabkan alis mata lebih kuat dan merawat alis mata yang rosak.
  3. Menyediakan alis mata untuk sapuan mascara supaya alis mata kelihatan lebat, lebih panjang dan lentik.

Maskara boleh didapati dalam sediaan cairan dan krim dengan pelbagai warna pilihan serta dibotolkan bersama-sama berus kecil. Maskara biasanya mengandungi garam asid stearik bersama pikmen dan lanolin, parafin serta lilin karnauba. Jika pengguna alah kepada bahan-bahan kimia tersebut. Kesan sampingan yang mungkin timbul termasuklah mata terasa gatal-gatal, pedih dan berair selain turut mengalami iritasi pada mata.



Celak (Eye Liner)

Celak digunakan untuk menonjolkan garis mata pada tepi kelopak mata atas dan bawah serta mengubahkan penampilan garis mata agar mata yang kecil nampak lebih besar dan mata yang besar nampak lebih kecil.


Celak boleh di dapati dalam sediaan cecair, krim yang dimasukkan ke dalam botol atau berbentuk padat yang disediakan dalam bentuk pencil. Celak biasanya mengandungi alkanolamin, alcohol lemak, polivinilpirolidon, eter selulosa, metilparaben, antioksidan, pewangi dan titanium dioksida. Celak mata dalam sediaan padat mengandungi 60% talkum, 30% pewarna dan selebihnya minyak galian serta titanium dioksida (bedak putih).


Sekarang terdapat celak jenis baru iaitu celak kalis air di pasaran. Ia tahan apabila terkena air mata, udara lembab dan peluh. Terdapat sesetengah produk kalis air yang juga tahan terhadap sabun dan air. Kebanyakkan celak kalis air ini mengandungi pigmen yang dimasukkan dalam gam atau resin (damar) atau pigmen berlilin yang dilarutkan ke dalam pelarut meruap. Celak kalis air ini hanya boleh di bersihkan dengan menggunakan pelarut seperti minyak galian. Kebanyakan losyen atau krim pencuci muka biasanya mengandungi pelarut tersebut.


Daripada kajian yang dilakukan agensi pentadbiran makanan dan ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA) mendapati bahawa pencemaran bakteria boleh berlaku dalam kebanyakan celak mata jenis cecair. Apabila celak mata yang telah di cemari oleh bakteria tersebut untuk menyebabkan masalah yang lebih serius. Oleh itu, adalah lebih selamat untuk memakai celak mata bukan jenis cecair.


Tidak semua wanita boleh menggunakan celak mata. Ada juga wanita yang menunjukkan alahan apabila memakai celak mata dan kosmetik lain. Jika ini terjadi, berhentilah menggunakan celak atau produk kosmetik mata lain yang ditunjukkan dengan kulit menjadi merah, gatal-gatal atau berbintil selepas kosmetik tersebut dipakai. Kosmetik mata terutamanya celak harus dibersihkan dengan berhati-hati keranaalis mata mudah menjadi radang atau gatal-gatal.



Perapi Kening

Kening juga berfungsi sebagai alis mata dalam melindungi mata daripada cairan atau kotoran yang jatuh ke dahi daripada terus masuk ke dalam mata. Ia juga berfungsi mengurangkan sinaran matahari terus terpancar ke mata.

Secara umumnya wanita mencantikkan kening dengan memakai pensel kening untuk memperjelaskan warna dan bentuk kening. Kebiasaannya pensel kening dapat menjadikan kening yang nipis kelilhatan tebal. Bagi kening yang tebal pula, bulu kening di cabut pada bahagian-bahagian yang dianggap berlebihan atau diubah bentuk mengikut selera individu supaya kelihatan rapi dan menarik.

Di pasaran, pensel kening disediakan dalam warna hitam dan perang sahaja. Ia boleh mengandungi bahan-bahan lemak dan pewarna seperti minyak kastor, minyak tengkawang, lanolin, lilin lebah,petrolatumdan parafin.



Pembayang Mata (Eye Shadow)

Pembayang mata digunakan untuk mewarnakan kelopak mata supaya mata kelihatan lebih menyerlah dan menarik. Pembayang mata biasanya di sediakan dalam bentuk sediaan krim, pensil, cecair dan bedak yang dipadatkan. Warna yang disediakan termasuklah warna biru , hijau, cokelat,merah, putih dan kuning. Kandungan pembayang mata teerdiri daripada lanolin, lilin lebah, ceresin, kalsium karbonat, minyak mineral, sorbitan oleat dan talkum. Untuk pembayang mata jenis tanpa air, pewarna dicampurkan dengan agen pencerah seperti titanium dioksid yang akan dicampur petrolatum. Terdapat juga pembayang mata jenis bergemerlapan yang diperoleh melalui campuran aluminium tulen.


Krim Alis Mata

Krim alis mata digunakan untuk melembut dan menyinarkan alis mata. Krim tersebut mengandungi lanolin, minyak tengkawang, parafin, setil alcohol dan minyak kernel pic. Bahan-bahan yang digunakan mungkin boleh menyebabkan alahan kepada sesetengah pengguna.


Pensil Alis Mata

Pensil alis mata mengandungi beberapa jenis bahan kimia di antaranya adalah lampblack, petrolatum, parafin, aluminium silikat dan asid stearat. Penggunaanya di bawah kelopak mata tidak digalakkan oleh pakar perubatan. Kesan daripada penggunaan sedemikian boleh menyebabkan pelbagai masalah termasuk pigmentasi pada lapisan mukosa mata, mata menjadi merah, radang berair dan pandangan menjadi kabur. Parafin tulen adalah merbahaya kepada kulit manakala parafin tidak tulen sepenuhnya pula menyebabkan kerengsangan dan eczema. Walaupun pada amnya kandungan petrolatum adalah tidak toksik, tetapi boleh menyebabkan alahan pada kulit:



Langkah-langkah keselamatan penggunaan kosmetik mata
  1. Berhenti dengan segera menggunakan barangan tersebut sekiranya berlaku radang. Jumpa doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut.
  2. Ketahuilah bahawa tangan anda mungkin penuh dengan pelbagai jenis bacteria. Jika tersentuh pada mata boleh menyebabkan jangkitan. Oleh itu, bersihkan tangan anda sebelum menggunakan mekap mata.
  3. Pastikan alat-alat mekap mata bersih sebelum digunakan.
  4. Jangan biarkan barangan mekap mata kotor dan berdebu. Bersihkan selalu.
  5. Jangan gunakan bekas barangan mekap mata yang lama. Sekiranya barangan tersebut tidak digunakan dalam jangka masa beberapa bulan, maka perlu dibuang dan digunakan yang baru.
  6. Jangan simpan barangan mekap mata ditempat suhu melebihi 85 f.
  7. Jangan guna mekap mata ketika anda mengidap jangkitan mata atau radang sekitar mata. Anda boleh gunakannnya setelah sembuh daripada jangkitan tersebut.


Anda harus berhati-hati menggunakan mekap mata sekiranya anda sering mengalami alahan. Kalau boleh minta nasihat doktor terlebih dahulu.


Foundation (alas bedak)
Cream foundation: 1 1/2 tahun
Liquid foundation (oil free): 1 tahun
Concealer :1 tahun

Powder dan blush
Cream to powder: 1 tahun
Powder: sehingga 2 tahun
blush: sehingga 2 tahun
cream blush: 1 tahun

Eye make-up atau eye shadow
Cream eye shadows: 1 tahun
Powder eye shadows: sehingga 2 tahun
Eye liner (pencil): 1 tahun
Eye liner (liquid): 3-6 bulan
Mascara: 1-3 bulan

lipstik atau lipgloss
Lip liner: 1 tahun
Lipstick: sehingga 2 tahun
Lip gloss: 1 1/2 tahun

Nukilan :Has

Monday, October 12, 2009

Jelajah Segamat

gambar yang canik ala-ala indie ini diambil mase pegi jalan2 jelajah segamat..cite ni berlaku pade ari ahd..mse tu da plan ngn budak kelas nk g beraye uma lecturer n member2..then terbatal cz ade hal laen..so kami yang da sewa kete 24hours ni terpakse juge pegi untuk mereleasekan tension before wat vb..so we all on pagi tersebut kol 10pagi...jln2 di segamat..

first destination we all g beli tiket, then jalan2 area billion..makan2..dan sebagai nye..

second destination, we all g maen boling..yaa..maen boling..maen 2 game..secare keseluruhannye..yana menang..selaku penulis blog ni lah!!!haha..di tempat tersebut la kami bertemu toki n amuk secara tidak sengaja..

third destination pegi area taman maa..yaa..di sini la gambar tersebut di capture..mase tu da petang da...siap terlajak2 lagi mse pegi tempat tersebut..hihi..don know sape driver..

fourth destination we all plan with toki n amuk tuk g minum petang di kedai makan sri temenggung..di lokasi tersebut la mereka2 ini makan mee bandung..sedap..

fifth destination kami da balek segamat sebenarnye..then g kuar balek cz nk g jementah pulak.lepak dengan saudara di sne..haha..aifa join skali..ade kesulitan pade mase tersebut..tpi kami dpt atasi nye..

kami balek kol sepuluh mlm..dan kemudian tydo...

sekian dahulu dari yana mz-fyth

Kesihatan...


Artikel ini diambil dari sebuah laman web untukinfo anda pembace blog..ada terdapat banyak lagi info mengenainya..infor info tambahan boleh la layari INFO KESIHATAN

Menentukan Berat Badan Sesuai

Tahukah anda bagaimana hendak menentukan berat badan yang sesuai untuk diri anda? Ini dia satu cara mudah untuk menentukan berat badan yang sesuai:

Untuk Perempuan: Berat badan yang sesuai untuk perempuan dengan ketinggian 5 kaki adalah 100 paun. Untuk setiap satu inci tambahan, tambah 5 paun. Jika anda lebih rendah dari 5 kaki, tolak 5 paun bagi setiap inci di bawah 5 kaki.

Kemudian anda perlu tentukan samada anda mempunyai kerangka badan yang kecil, sederhana atau besar. Caranya, ukur lilit pergelangan tangan anda. Jika ia berukuran 6 inci, anda mempunyai kerangka sederhana. Jesteru berat badan yang dikira tadi tidak perlu diubah. Jika pergelangan tangan anda berukuran kurang dari 6 inci, tolak 10% dari berat yang dikira tadi. Jika melebihi 6 inci, tambah 10% kepada berat badan yang dikira.

Untuk Lelaki: Berat badan yang sesuai untuk lelaki dengan ketinggian 5 kaki adalah 106 paun. Untuk setiap satu inci tambahan, tambah 6 paun. Untuk menentukan samada anda mempunyai kerangka badan yang kecil, sederhana atau besar, ukur lilit pergelangan tangan anda. Jika ia berukuran 7 inci, anda mempunyai kerangka sederhana dan tidak perlu meminda berat badan sesuai seperti yang telah dikira. Jika pergelangan tangan anda berukuran kurang dari 7 inci, tolak 10% dari berat yang dikira tadi. Jika melebihi 7 inci, tambah 10% kepada berat badan yang dikira.

OK, sekarang anda telah mengetahui berat badan yang sesuai untuk anda. Satu dari rahsia untuk mendapat kesihatan yang unggul ialah mempunyai berat badan yang sesuai. Jika berat badan anda lebih tinggi dari berat sesuai, lakukanlah senaman untuk membakar lemak yang tidak diperlukan.



Mencegah Lebih Baik Dari Mengubati

Makanan adalah bahan asas untuk kehidupan dan kesihatan, namun begitu makanan juga punca kita mendapat penyakit. Kalau kita mempunyai tabiat makan yang buruk, kita sengaja mengundang penyakit.

Di zaman moden ini kita menghadapi cabaran kesihatan yang agak berat, susah untuk kita menjauhkan diri dari memakan makanan segera yang boleh membahayakan kesihatan kita. Makanan tersebut mengandungi bahan pengawet yang boleh menyebabkan penyakit seperti kanser. Kita juga selalu
makan di restoran makanan segera. Minyak yang digunakan untuk mengoreng diguna berulang-ulang kali, amalan ini sangat tidak baik untuk kesihatan.

Kita juga memakan daging dan ayam yang disuntik dengan hormon dan antibiotik. Hormon dan antibiotik ini akan berpindah ke badan kita. Bagaimana dengan sayur-sayuran dan buah-buahan? Buah-buahan dipetik sebelum masak dan dirawat menggunakan gas dan radiasi. Sayuran-sayuran disembur dengan racun serangga. Bahan-bahan kimia ini tidak akan hilang walau pun kita membasuh buah-buahan dan sayur-sayuran yang kita makan. Ini semua membahayakan kesihatan. Tidak hairanlah kalau di zaman ini ramai orang yang mengidap kanser dan lain-lain penyakit kronik.

Bagimana pula dengan air yang kita minum? Adakah ia benar-benar bersih? Kalau anda mengambil air dari paip air di dapur anda dan mengujinya, anda mungkin tidak sanggup meminumnya.

Untuk menjaga kesihatan, kita seharusnya menjauhkan diri dari perkara yang dinyatakan di atas. Kurangkan memakan makanan segera, makan daging atau ayam kampung, makan sayur-sayuran hidrofonik dan buah-buah tempatan seperti manggis, rambutan dsb (yang bebas dari gas & radiasi).

Menurut pakar pemakanan bertauliah, untuk perlindungan dari penyakit, kita perlu mengambil makanan kesihatan atau suplemen seperti vitamin, mineral, serat dan asid amino. Vitamin A, C dan E kaya dengan antioksidan yang mampu menghapuskan "radikal bebas", ia-itu molekul tidak stabil yang terhasil dari proses dalam badan kita. Dalam tubuh kita terdapat beribu billion molekul yang membentuk sel, sel membentuk tisu, tisu membentuk organ. "Radikal bebas" merosakkan molekul, dan seterusnya sel akan rosak (termasuk sel sitem imun), selepas itu tisu dan lama kelamaan akan merosakkan organ kita.

Cegahlah penyakit sebelum terlambat.

by yana mz-fyth

Thursday, October 8, 2009

Kami tidak keruan..


Kadang-kadang, kami gelak..
Kadang-kadang, kami menangis..
Ada masa, kami diam..
Ada masa, kami bising..

It doesn't matter what happen to us..
We can overcome all of the obstacles..
It is a simple thing!!!!

Right or wrong..
Simple or difficult..
Happy and tension..
We are together..
Unite..
Harmony..
Strong..
No matter what!!!



We can't expect that we gonna get what we want, but we must to struggle until the last breath
!!
We can't live without each other..
Our bounding are too strong to be destroy by others..


Nukilan: Has Dan Farhana

Thursday, October 1, 2009

DAPATKAN SEGERA DI PASARAN!!!


Today merupakan due date magazine n poster kami...bertempat di SL Lamda.aku yang menggunakan PC29 cube sedaya upaya untuk meng upload gambar2 ini..rse mcm x sbr2 nk hantar tapi ade gak rse nebes..bukan ape..budak diim ini memang kreatif2 belaka..memang byk saingannya..tanpa membuang masa lagi..sila la lihat...
Hasil nukilan has..
hasil nukilan tyma..
hasil nukilan fana..
hasil nukilan yana..

U JUDGE IT!