Monday, April 13, 2009

Cela ku cela mu jua...hahah..

Rabak mataku,
Pena menari,
Tinta berdarah.

Rabak mataku,
Pena menari-nari,
Tinta berdarah,
Kata membara-bara.

Masanya ku bernafas,
Kini terakhir kali,
Puas sudah ku sesak,
Dalam dunia sepi.

Dulu tersungkur,
Kini berdiri,
Kau bermain api,
Kini ku bakari,

Dulu menunduk,
Kini ku celik,
Kau bermain api.

Engkau mahu sempurna,
Engkau jadi sempurna,
Biar aku bahagia dengan celaku.

Engkau mahu malaikat,
Turun dari kayangan,
Biar aku bahagia dengan celaku.

Mengapa tidak engkau cermin saja,
Dirimu yang sempurna,
Mempersona,
Ku bahagia dengan cela.

Mengapa tidak kau bercinta saja,
Dengan dirimu yang sempurna,
Mempersona,
Ku bahagia dengan cela.

Siapa yang mampu mencapai mahumu?
Bila mana kau juga seorang manusia

2 comments:

  1. haha..best betul lagu ni..
    lama sudah tak dengar Boneca
    lama sudah tak dengar indie malaya sebenarnya
    haih~

    ReplyDelete
  2. nantikan kemunculan aku ye para..lalalal

    ReplyDelete