Wednesday, April 1, 2009

Tentang Kawan-kawan Yang Bukan-bukan

Bila Para Jamaludin masih merepek untuk kesekian kalinya..

Lama sudah tidak menjengah blog ini. Bukan kerana terasa atau apa-apa. Cuma masa yang tiada dapat diluang untuk kesekian kalinya kerana terlalu banyak yang perlu dikongsi di dalam blog sendiri.

Bercakap mengenai kawan. Atau kawan-kawan. Atau suka hatilah kau panggil kawan itu apa. Bagi aku, kawan baik yang dua itu layak dipanggil bitches. Mereka bitches terbaik, mengalahkan Blair Warldof. ILYSM dearest both of you.

*senyum*

Ada juga kawan-kawan aku yang aku panggil sayang-sayang. Apa agaknya sayang-sayang aku buat sekarang ini. Tidur? Makan? Mandi? Atau studi?

Cerita Kami Sekepala mengusik aku untuk menulis ini. Walaupun tiada apa sangat yang ingin diberitahu, tapi aku yakin bila kamu-kamu menonton satu deklamasi puisi oleh Fynn Jamal, kamu-kamu akan dapat sedikit sebanyak perangai kawan-kawan. Cari saja di youtube, Fynn Jamal-Tentang Kawan-kawan. Aku tidak memuja atau menyembah dia. Cuma aku hormati dan kagumi jiwanya dalam berpuisi.

Waktu itu kamu tahu

"siapa kawan"
"siapa lawan"
"siapa kamu kenali dulu"

Ada benar kata-kata Fynn yang diulang-ulang,

"Yang pergi itu bukan, yang tinggal itu kawan"

Good luck kawan-kawan untuk final yang bakal menjelma.
Untuk aku, good luck untuk semuanya.

2 comments:

  1. to para: pergh...touching ayat2 di atas...
    pergh..FYNN JAMAL...my idola....dr ari tue aku cari die, tp taak leh tgk....agak bengaang lah....aku akan cari gak...FYNN JAMAL...wuaaaaaaa...

    ReplyDelete
  2. carilah. dia ada saja. hehe.
    kalau tak jumpa, tak perlu jauh-jauh.
    aku kan ada.
    ehem!

    ReplyDelete