Tuesday, October 27, 2009

Jeans..atau denim...

Idea untuk berkongsi info ni tiba2 datang sebab masa google nak carik pasal style, ternampak seorang model yang kurus memakai jeans dgn penuh bergaya..So, information update kali nie mengenai jeans ye kawan2..

Okay kali ni di bahagian fesyen, saya mahu bercerita mengenai seluar jeans..Semua pasti mempunyai seluar jeans walaupon sehelai bukan? Mustahil lah jika tak penah ada seluar jeans..Ianya seperti pelengkap gaya tak kira bagi lelaki mahupon wanita..

JEANS

SELUAR jeans atau denim bukan lagi milik si kaki panjang bertubuh lampai. Tidak kiralah sama ada anda berkaki pendek atau besar pada bahagian pinggul dan paha, ia bukan lagi alasan kurang berkeyakinan untuk tampil bergaya dengan seluar jeans.

Teknologi rekaan hari ini membolehkan sesiapa saja tanpa mengira bentuk badan untuk tampil bergaya dengan seluar jeans.

Secara umum ada sembilan bentuk tubuh iaitu gitar atau hour glass, epal, pin boling, pasu, pir, batu-bata, lollipops, Column dan segi tiga terbalik.


Keseluruhannya ada lima bentuk seluar jeans iaitu potongan but, lurus, runcing dan ketat, seluar berkaki kembang dan boy friends iaitu berpotongan maskulin.


Panduan menggayakan jeans:

-Jangan memandang rendah lima poket yang bergaya klasik.

-Jangan melipat bahagian bawah seluar jika ketinggian anda di bawah 5’5”. Ia membuatkan kaki anda lebih pendek.

-Potongan kapri juga membuatkan kaki anda lebih pendek.

-Pastikan bahagian bawah seluar menutupi sebahagian kasut anda.

-Kasut hitam yang panjang membantu kaki tampak lebih panjang.

-Kedudukan dan saiz poket memberikan kesan kepada gaya. Elakkan poket kecil dan jauh jarak antara satu sama lain kerana ia membuatkan pinggul anda kelihatan besar.

-Poket yang terletak agak ke bawah menampakkan pinggul anda lebih tinggi. Berhati-hati dengan butiran hiasan mahupun warna pudar pada kawasan ini.

-Apapun bentuk anda, wanita memerlukan jenis jeans iaitu untuk digunakan dengan kasut rata dan satu lagi untuk tumit tinggi.

-Mereka yang bertubuh rendah, gulung seluar dan gayakan dengan kasut tumit tinggi.

-Jika berpinggul leper, tambahkan hiasan pada bahagian belakang.

-Jeans bukan hanya untuk orang muda, tetapi juga kanak-kanak dan orang tua.

-Lebih gelap warnanya, lebih memberikan ilusi ramping. Pilih warna kelabu, hitam dan biru gelap.

-Kesan pudar boleh memberikan ilusi ramping, tetapi pastikan pada tempat betul.

-Baju putih lebih bergaya dengan jeans indigo.


Cara penjagaannya

1. Cuci seluar jeans dengan air pada suhu biasa atau suam suam. Jangan mengguna air yang terlalu sejuk dan terlalu panas, kerana ia akan menghalang kotoran dari tertanggal dan sukar untuk dibersihkan.

2. Cuci seluar jeans berasingan dengan pakaian lain. Untuk mengekalkan warna dan ciri pada seluar jeans, basuh pada bahagian luar dan dalam.

3. Jika seluar jeans terkena air laut masin, jangan tergesa-gesa mencuci seluar jeans dengan air biasa. Guna air mendidih sebaldi dan wapkan ke bahagian yang terkena air masin. Pasti kotoran yang melekat akan tanggal.

4. Gantung dan anginkan seluar jeans supaya tidak berkedut dan renyut di tempat yang teduh dan jangan sesekali dedahkan seluar jeans terus dibawah matahari terik.

5. Perlu diingatkan jangan sesekali mengeringkan seluar jeans dengan mesin pengering.

6. Jangan menggunakan sebarang jenis bahan kimia untuk mencuci seluar jeans, gunakan sabun biasa sahaja supaya warna tidak mudah luntur.

7. Seluar jeans boleh dibasuh dengan mesin basuh dengan menggunakan air pada suhu biasa.



CONTOH2 JEANS























UPDATED BY HAS...( mao beli jeans baru lah lepas nie..hehe)

2 comments: